Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
📌 Sukacita dimaklumkan bahawa Campus Election Organization (CEO) Universiti Pendidikan Sultan Idris telah menerima surat daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sidang 2023/2024 berkenaan tarikh pembubaran MPP.
📌 Dengan ini dimaklumkan bahawa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sidang 2023/2024 adalah DIBUBARKAN berkuat kuasa pada 01 Oktober 2024 (Selasa).
📌 Sehubungan dengan itu, CEO akan memaklumkan garis masa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (PMPP) 2024/2025 dalam masa yang terdekat.
📌 Diharapkan agar semua pelajar mengambil cakna berkaitan hebahan sahih yang akan dikeluarkan oleh CEO di laman sosial rasmi:
- Instagram: @ceo_upsi
- Facebook: CEO UPSI
Sekian, terima kasih.
Campus Election Organization (CEO)
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Sidang 2024/2025