TANJUNG MALIM 15 NOVEMBER 2023 β Majlis Watikah Pelantikan CEO dan Malam Apresiasi Rakan Millenia berlangsung malam tadi bagi memberikan penghargaan kepada Rakan Millenia dan seterusnya mengiktiraf pelantikan Campus Election Organization (CEO) Sidang 2023/2024. Seramai 200 orang sukarelawan telah terlibat.
Majlis diserikan dengan kehadiran Prof. Dr. Norkhalid bin Salimin, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), memberi sentuhan rasmi dan ilmiah kepada acara ini.
Malam Apresiasi Rakan Millenia menjadi satu penghargaan istimewa kepada sukarelawan yang telah menunjukkan sifat bekerjasama, bertanggungjawab, dan dedikasi yang luar biasa semasa melaksanakan Minggu Intelektual dan Interaksi Anak Kandung Suluh Budiman
βMalam ini diadakan adalah untuk menghargai para sukarelawan yang mempamerkan sifat bekerjasama, bertanggungjawab dan dedikasi yang luar biasa untuk melaksanakan Minggu Intelektual dan Interaksi Anak Kandung Suluh Budiman. Selain itu, majlis turut dimeriahkan dengan pelantikan ahli-ahli baru Campus Election Organization (CEO) yang akan membimbing destinasi demokrasi kampus. Pelantikan ini melibatkan proses pentadbiran sumpah dan watikah yang disempurnakan dengan penuh kehormatan.β ujar beliau dalam ucapannya.
Seterusnya, majlis turut diperkukuhkan dengan sesi Penghargaan kepada Rakan Millenia. Kemudian, majlis diteruskan dengan sesi Penyerahan Pelantikan Penasihat CEO, Watikah Pelantikan CEO, Lafaz Ikrar Barisan CEO dan Sesi Serah Tugas, menandakan peralihan tugas dari kelolaan CEO sebelumnya kepada struktur pengurusan yang baharu. Lafaz ikrar tersebut telah diketuai oleh Nurul Farhanis binti Ahamad. Ikrar tersebut berintipatikan janjiahli CEO untuk memegang amanah dengan baik dan menjalankan tugas secara adil sepanjang gerak kerja berlangsung.
Dengan berakhirnya majlis yang sarat dengan nilai penghargaan dan semangat bertransformasi ini, diharapkan para ahli CEO Sidang 2023/2024 ini dapat menjunjung tinggi amanah dan mengemudi organisasi ke arah keunggulan, keadilan dan pembangunan yang berterusan.
Related Posts
Majlis Watikah Pelantikan CEO 2024/2025: Mengukuhkan Peranan Demokrasi Kampus di UPSI
Rapat Umum Calon menjadi tumpuan mahasiswa UPSI dan menambahkan lagi kehangatan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar
UPSI menyemarakkan Hari Pencalonan MPP: Pengumuman Penamaan Calon untuk Menjamin Tampuk Kepimpinan yang Berkualiti
Bengkel Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UPSI Bagi Sidang 2023/2024: Membangunkan Kepimpinan Mahasiswa.